Friday 19 December 2014

Jom Guna Herba Semulajadi Sebagai Penyembuh Penyakit


Sesungguhnya Allah Ta'ala menciptakan penyakit dan bagi setiap penyakit itu ada penyembuhnya, kecuali mati. Allah Ta'ala telah mencipta alam ini dengan pelbagai khazanah berharga, termasuk pelbagai jenis herba semulajadi yang dapat dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit.

Bahawa penyakit itu menjadi suatu ujian kepada seorang insan yang beriman. Dengan penyakit yang didatangkan, Allah menguji tahap kesabaran dan keredhaan seseorang insan - yang mana rahmat di sebaliknya ia menjadikan kita ingat dan bersyukur kepada Allah, dihapuskan dosa dan diangkat martabat di sisi-Nya. Betapa pula di sekeliling kita ramai insan yang sihat, namun cuai terhadap tanggung jawab kepada Allah SWT, na'uzubillahi min zalik!

Maka dengan penyakit itu, kita disuruh menjalani rawatan atau berikhtiar mendapatkan kesembuhan, di samping banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah. Pada hari ini, ada dua alternatif rawatan - rawatan moden yang menggunakan teknologi canggih dan bahan kimia ataupun rawatan alternatif yang menggunakan bahan semula jadi, yang mana antaranya ialah penggunaan herba-herba yang banyak terdapat di Malaysia dan di negara-negara lain, seperti di Timur Tengah.

Penggunaan rawatan moden diketahui menggunakan adunan bahan kimia yang tertentu, yang mana walaupun menghilangkan kesakitan, ia belum tentu menyembuhkan. Justeru dapat dilihat, sebahagian pesakit terus bergantung kepada sesuatu jenis ubat, malah dosnya pula dipertingkatkan dari masa ke masa. Lebih buruk lagi, ia membawa pula kesan-kesan sampingan seperti terjejasnya bahagian-bahagian badan yang sihat. Contoh: keguguran rambut dan susut berat badan setelah pesakit barah menjalani kemoterapi dan kerosakan buah pinggang akibat pengambilan ubat tahan sakit yang berterusan. Sebagaimana dimaklumi, kos atau pun harga ubat-ubatan moden ini adalah sangat mahal - dan tentunya ia akan sangat membebankan khususnya kepada yang berpendapatan rendah.

Disebabkan perkara-perkara di atas, rawatan alternatif menggunakan herba dan bahan-bahan semulajadi telah semakin menjadi pilihan ramai. Di samping efektif dalam menyembuhkan penyakit, ia tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan tidak memerlukan belanja yang besar.

Justeru, menjadi harapan saya melalui blog ini, Herbal Garage, saya akan dapat membantu tuan/puan mendapatkan produk-produk terpilih daripada herba dan bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan dan pada harga yang sangat berpatutan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sila datang lagi untuk mendapatkan produk-produk yang terkini.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

Rafieq
013-6521777 (call/whatsapp/telegram)